PEPERANGAN DI TANAH MELAYU
Aiman Fitri Bin Zihni Akhtar 16DET16F1022
Muhammad Khairul Amin Bin Azizan 16DET16F1066
Badrul Azhim Bin Wahab 16DET16F1064
Naim Hakimi Bin Mohamad Sukri 16DET16F1052
Badrul Amin Bin Shahnon 16DET16F1062
Pengenalan
Sejarah
menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat
mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal
dianggap sebagai pedagang yang sama-sama
berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Bagaimanapun atas kesilapan,
kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing
ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing
mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara dan salah satunya
sahabat untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah
(ekonomi) serta untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari
segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula dengan
kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas
itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga
pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris
meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan
sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun
meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting
untuk memahami situasi negara sekarang .
Peperangan
DI tanah melayu:-
negeri-negeri
yang pernah terlibat dalam peperangan
v
Kedah
v
Selangor
v
Melaka
v
Kelantan
v
Johor
v
Perak
peperangan
DI tanah melayu:-
PENJAJAH-PENJAJAH
TANAH MELAYU
v
SIAM
v
PORTUGIS
v
BELANDA
v
BRITISH
v
JEPUN
Peperangan
DI tanah melayu:-
PEPERANGAN
ANTARA PENJAJAH IAITU KEMUNCAK PENGAKHIRAN PEPERANGAN.
v
BRITISH (TENTERA BERIKAT)
v
JEPUN (TENTERA PAKSI)
peperangan
DI tanah melayu:-
MELAKA
Peperangan Melaka-portugis 1511
Menurut
Relazione del primo viaggio intorno al-mondo
(Report on the
first voyage around the world)
Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.). Namun begitu, Melaka tetap jatuh ditangan Portugis pimpinan Alfonso De Alburqueque oleh kerana faktor-faktor kelemahan kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka ketika itu. Antara faktor utamanya adalah disebabkan Orang Laut tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam menangkis serangan Portugis. Hal demikian kerana, Pembesar Kesultanan Melayu Melaka ketika itu bersikap pilih kasih dan tidak menjaga kebajikan mereka. Disamping itu, peranan institusi kesultanan ketika itu yang lemah mendorong kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Akhir Sekali, disebabkan keinginan sesetengah pihak yang mahukan Melaka jatuh ketangan penjajah disebabkan faktor-faktor yang disebut diatas.
Peperangan DI tanah melayu:-
KEDAH
Peperangan
Kedah-Siam
“Kedah Blockade
1838”
Dimana tentera British yang
pada awalnya menyatakan akan memberi bantuan ketenteraan kepada Sultan Kedah
bertukar arah dengan menyokong serangan Siam ke atas Patani dan Kedah. Ancaman
pertama dari Siam menjelma pada petang Ahad 12 November 1821 bila mana satu
angkatan perang dari Siam yang tidak diketahui tujuannya belayar ke Kuala
Kedah. Mereka disambut dengan meriah oleh Bendahara Dato’ Paduka Maharaja Sura.
Semasa Panglima Siam, iaitu Raja Ligor Phya Buri Sakmuton dibawa
melawat sekitar Kota Kuala Kedah beliau secara tiba-tiba mengarahkan askarnya
menyerang para pengawal di dalam kota tersebut. Maka berlakulah pertempuran
hebat di dalam kota itu. Akhirnya angkatan Siam berjaya menawan kota tersebut.
Angkatan perang Kedah bersama sultan terpaksa berundur dan bertahan di Pulau
Pinang. Di sini, mereka merancang strategi untuk merampas kembali negeri Kedah
dari Siam. Pada tahun 1831 anak saudara sultan, Tengku Kudin (Syed Zainal
Abidin) berketurunan Palembang telah mengetuai 3000 angkatan perang orang
Melayu dari Prai telah menyerang Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga
ke sempadan Siam. Kerajaan Siam dan British telah mengisytiharkan orang-orang
melayu ini sebagai perompak, lanun dan pengganas.
Kemenangan angkatan Kedah tersebut tidak lama di mana mereka
kembali diasak Siam dan terpaksa berundur dan bertahan di kota Kuala Kedah.
Kapal-kapal perang British pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah
manakala tentera Siam menyerang dari darat. Kekebalan benteng Kota Kuala Kedah
menyebabkan pihak Siam terpaksa membina menara tinggi untuk menembak orang melayu
di dalam kota tersebut. Setelah bertahan selama 3 bulan dan bertempur menentang
7500 askar dan 3000 gajah dari Siam, Kota Kuala Kedah akhirnya jatuh ke tangan
Siam. Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kepalanya
telah dihantar ke Bangkok.
Pada tahun 1838, sekali lagi angkatan perang Kedah diketuai oleh
seorang lagi anak saudara sultan, Tunku Muhammad Saad yang
berkekuatan 10,000 askar dan 50 perahu perang dilengkapi meriam ringan telah
mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Mereka
juga berjaya membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika. Mereka
bertahan di Songkhla sementara menunggu musim monsun tiba di mana bantuan askar
melayu dari negeri-negeri sekitar dijangka tiba. Orang Eropah yang berkedudukan
tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan
bekalan. Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan
kepada Siam. Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan
di Kota Kuala Kedah buat kali terakhir.
Bantuan dari Bangkok tiba bersama 15000 tentera dilengkapi senjata
yang lebih moden, meriam dan gajah menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah
laut, kapal perang British HMS Hyacinth yang berkekuatan 18 laras meriam
mengepung dari laut. Kapal tersebut terpaksa berlabuh jauh dari pantai untuk
mengelakkan bedilan meriam dari dalam kota kuala kedah. Kapal tersebut turut
diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil iaitu HMS Emerald, HMS
Pearl dan HMS Diamond.
Pada 19 Mac 1839 pekan Kuala Kedah dikuasai sepenuhnya oleh askar
Siam dan penembak hendap mereka ditempatkan di setiap sudut pekan tersebut.
Orang Melayu yang ada ketika itu semuanya dibunuh dengan kejam. Menyedari
harapan untuk menang adalah tipis dan kota akan jatuh ke tangan Siam pada
bila-bila masa saja, pada malam tersebut orang Melayu dibantu oleh askar upahan
Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di pekan tersebut. 15
askar Sepoi melepaskan tembakan bantuan ke arah askar Siam. Sementara itu saki-baki
orang Melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan berenang ke arah
kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal-kapal tersebut yang terdiri
kebanyakannya dari kalangan orang Melayu Negeri-negeri Selat turut merasa
simpati di atas apa yang terjadi dan terpaksa menyelamatkan orang Melayu yang
berenang ke kapal-kapal tersebut.
Angkatan Tunku Muhammad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal
200 orang. Menyedari mereka dikepung dari setiap sudut dan kemungkinan untuk
menang adalah tipis, orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan.
Peperangan
DI tanah melayu:-
SELANGOR
Perang Kelang
1867
Raja Mahadi
menewaskan Raja Abdullah di Kelang
Pertempuran ini
bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul
diantara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur,
dengan masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin
oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang tidak berpuas hati dengan Raja
Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja
Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja
Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak
berjaya.
Setelah
menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan
Abdul Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah
menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan
puteri baginda, Raja Arfah.
Peperangan dan
Tengku Kudin
Tidak lama
selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah
mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan Tengku Kudin yang
berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai
pentadbir daerah Langat. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau
bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung
lalu memilih untuk membantu Raja Ismail, anak Raja Abdullah yang memimpin
kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia.
Pada bulan Ogos
1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan
menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap
Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja
Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh
Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja
Mahadi berundur dari Kelang pada bulan Mac 1870.
Pada tahun
1872, dengan bantuanbendahara Pahang, segerombolan tentera Pahang turun ke
Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.
Kemenangan
Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera
Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan
atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di
mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa
menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk
sementara.
Yap Ah Loy dan
pertempuran di Kuala Lumpur
Pada bulan Ogos
1868, Liu Ngiam Kong, Kapitan Cina Kuala Lumpur telah meninggal dunia dan
telah digantikan oleh pembantunya Yap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau
telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai
Kelang. Walaubagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi
sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin, setelah mereka berjaya menguasai
Kelang.
peperangan
tanah melayu:-
KELANTAN
Peperangan
Kelantan-Patani-Terengganu
Peperangan Pejuang
Jihad Tok Janggut - British
Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long
Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang
putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan
Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang
memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut
takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long
Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan
adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah
mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak
membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long
Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan
Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu
oleh Long Deraman dan Penghulu Umar Kampung Laut dengan Long Yunus yang dibantu
oleh Long Gafar seorang putera kepada Raja Reman di Hulu Perak, Sepupunda Long
Yunus iaitu Mandur Mis dan Penghulu Adas (ipar pula kepada Mandur Mis). Dalam
peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan Long Deraman telah
tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi
mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus
telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku
Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir
Tumbuh. Mandur Mis dilantik sebagai Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari
Seri Maharaja Wangsa memerintah Lundang, Penghulu Adas memerintah disebelah
hulu Sungai Nilam Puri dengan diberi gelaran Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja
dan Raja Langsuring memerintah Sebelah Hulu Pulau, Tanah Merah bergelar Engku
Pahlawan Seri Maharaja Dalam. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan
seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya
dibawah satu pemerintahan pusat sahaja. Penghulu Adas memerintah disebelah hulu
Sungai Nilam Puri dengan diberi gelaran Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan
Raja Langsuring memerintah Sebelah Hulu Pulau, Tanah Merah bergelar Engku
Pahlawan Seri Maharaja Dalam. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan
seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya
dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.
PEPERANGAN DI KELANTAN YANG KEDUA
>> TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD<<
British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah pada tahun 1915. Petani dikenakan pelbagai cukai
yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok
pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.Kesukaran membayar
cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas
menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British. Sentimen anti-British
meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad
menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila
tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan
juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang. Seterusnya
mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan
harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan
pengkhianat bangsa dan negara. Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan,
usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok
Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara. Walaupun usahanya
menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat
cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu
masih kekal disanjung sehingga kini.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam
menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa
Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. Kehadiran
Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan. Penindasan menerusi
kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas
hati. Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok
Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog
kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan
pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi
menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh
dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.Bagaimanapun mesyuarat sulit itu
diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff,
yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan
Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan. Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa
anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat
Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan
untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika
itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di
belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada
melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun
polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan
Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan
pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu.
Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan
beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
peperangan
tanah melayu:-
JOHOR
Perang Johor,
Belanda - Portugis
Perang Segi –Tiga
Perang Johor-Jambi
Warisan kesultanan melayu Melaka di Johor telah
beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula Melaka tetapi gagal.
Seranga terbesar gabungan tentera Johor, Perak Pahang dan Japara (Jawa) juga
gagal meruntuhkan kubu portugis. Pada tahun 1641 johor Berjaya membebaskan
Melaka dengan bantuan Belanda.
Perang Segi –Tiga
Sesudah
Sultan Alauddin Syah membangun pusat pemerintahan baru pada kawasan muara
Sungai Johor, perlawanan terhadap penaklukan Portugal terus berlanjutan. Pada
masa yang sama, dari kawasan utara Pulau Sumatera, muncul kekuatan baru diAceh
yang pada mulanya melakukan pengembangan wilayah kekuasaan dengan penaklukan
beberapa kawasan tanah Melayu dan berusaha mengawal laluan pelayaran diSelat
Melaka. Kesultanan Aceh selain juga mencuba menyerang kedudukan Portugal di Melaka,
juga menyerang kedudukan Sultan Johor. Pada tahun 1613, Sultan Iskandar Muda taklukan
Johor, Sultan Johor beserta seluruh kerabatnya ditawan dan dibawa ke Aceh.
Pada tahun 1641, Belanda berhasil merebut Malaka dari Portugal, dan
Belanda mengakui kedaulatan Sultan Johor atas wilayah kekuasaannya dan pada
saat kawasan muaraSungai Johor kembali
muncul sebagai salah satu pelabuhan dagang diSemenanjung Tanah Melayu.
Perang Johor-Jambi
Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus oleh
kerana, tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan
masing-masing. Johor kembali berperang dengan membawa 7 buah kapal untuk
menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan
semakin merosot akibat perperangan yang terjadi karena tidak ada jaminan
keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan perdagangan di kawasan bergolak
ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Puncak peristiwa
peperangan ini terjadi saat Pengeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan
perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673.
Serangan ini telah melumpuhkan sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam usaha
menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi
di dalam hutan. Bendahara Johor ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.
peperangan
tanah melayu:-
PERAK
Peperangan
antara kongsi Gelap Ghee Hin – Hai San & Peperangan rebutan takhta antara
tahun 1861-
1862 dan 1871-1874.
Peperangan
British terhadap Orang Melayu Perak untuk menangkap Pembunuh J.W.W Birch 2 November 1875.- 1876
Perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan
Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan
diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San
disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri
lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.
Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris
akan di patuhi oleh semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang
Melayu yang selama ini dianggap mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen
Inggeris yang pertama telah memulakan tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk
sangka atau perasaan curiga.
Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya
menyedari akan kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara
langsung mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan
menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-masing telah menghadapi jalan buntu
bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini. Akhirnya mereka telah
mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan pengiring-pengiringnya
di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan
perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk
menangkap pembunuh J.W.W. Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan tentera
laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak.
Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki telah di bakar, kota pertahanan
orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang habis-habisan dan akhirnya
ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas
kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang
Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di
Kota Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan
akhirnya kesemua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch
ditangkap dan dibicarakan peperangan ini ditamatkan.
peperangan
tanah melayu:-
BRITISH (TENTERA BERIKAT) – JEPUN (TENTERA PAKSI)
The fall of Malayan frontlines
8 Disember - 18 Disember 1941
Rencana utama: Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor
Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal
tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di
persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang
dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang
dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal
tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang
singkat.
KERETA KEBAL JEPUN |
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada12 Disember 1941,
dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa
berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British
meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari
keesokannya.
19 Disember 1941 - 31 Januari 1942
Pada 23 Disember Mejar Jeneral Murray-Lyon dari Divisyen
Infantri Ke-11 India ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan.
Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu
telah jatuh ke tangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya
menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan
Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar.
Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan
mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu
mengukuhkan pendudukan mereka.
HMS PRINCES OF WALES |
Pertahanan Johor
SUMBER NASI LEMAK KOPI-O |
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-5 Jepun yang merupakan
pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan
pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Mejar
Jeneral Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia,
tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya,
disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh Tentera Imperial Australia
di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh,
memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi
jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki
dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan
Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam
kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran
pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett
meletakkan Briged India Ke-45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi
mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh
unit Jepun yang mendarat dari laut dan Briged tersebut hampir musnah sepenuhnya
dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
PERTEMPURAN DI PACIFIC |
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor
roboh.Jeneral Archibald Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi
Selat Johor ke pulau Singapura. Pertempuran di Singapura bermula
dari 7 Februari 1942 hingga 15 Februari 1942 dan
mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar
anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000India, Australia dan British menjadi
tawanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam Kempen Tanah
Melayu.
Akhirnya pertahanan British
jatuh ketangan Jepun dan diikuti seluruh Tanah Melayu.
Peperangan Tanah Melayu:
PENGAJARAN
Peperangan Tanah Melayu:
PENGAJARAN
Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang
selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas. Negara kita telah
mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang setanding
dengan negara-negara barat, sama ada dari sudut politik, ekonomi
mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan
yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara
dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh
generasi terdahulu. Darurat mengajar erti perpaduan, kerjasama dan
keburukan Komunisme. Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan
di negara ini, bermula daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta,
mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia,kesemuanya
mempunyai tanggungjawab yang besar serta penting untuk mewarnakan
dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan
yang telah di kecapi dalam tempoh lebih 50 tahun ini. Golongan muda
khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu
untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya.
Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting
manakala memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan dan
dihayati dengan lebih mendalam kerana golongan muda mudi inilah yang
akan membawa nasib negara di masa akan datang agar kemerdekaan dan
kemasyhuran negara Malaysia akan terus gah di persada dunia setaraf
dengan perjalanan ke arah kemerdekaan yang telah dilalui oleh pejuangpejuang
kemerdekaan terdahulu. Kemerdekaan yang dipertahankan
ini amat besar ertinya dan segala-galanya bermula dengan golongan
pascamerdeka yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah
lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada setiap
daripada kita iaitu warganegara yang bernaung di bawahnya.
peperangan tanah melayu:-
KESIMPULAN
Tempoh
pendudukan penjajah-penjajah di Tanah Melayu selama beberapa tahun sudah cukup
untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat
nasionalisme timbul terutamanya Negara
Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah
sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Kesimpulannya, penjajah-penjajah
asing di Negara kita mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman
pentadbiran kuasa asing dan kita sebagai
warganegara Malaysia seharusnya menunjukkan semangat patriotik yang tinggi
dalam mempertahankan Negara Malaysia demi generasi yang akan datang supaya
tidak berlaku lagi penjajahan.
peperangan tanah melayu:-
SUMBER RUJUKAN
v
Report on the first voyage around
the world: karangan Antonio Pigafetta
v
Leonard Y. Andaya (1971). The
Kingdom of Johor, 1641-1728: a study of economic and political developments in
the Straits of Malacca. Cornell University.
v
Hooker, Virginia Matheson
(2003). A Short History of Malaysia. Allen & Unwin.
v
Barbara Watson Andaya; Leonard Y.
Andaya (1984). A History of Malaysia. Palgrave Macmillan.
v
Pertubuhan Kerabat Long Gaffar
Kelantan (PKLGK)
v
Christopher Buyers, World Royal
Family Research, www.royalark.com (cj.buyers@virgin.net).
v
Saad Shukri, Detik2 Sejarah
Kelantan, Pustaka Seri Aman, Kota Bharu, 1972.
v
Abdul Razak Mahmud, Pelajaran Tata
Rakyat Negeri Kelantan
v
Tuan Halus, Puteri Long Nuh Raja
Jambu (http://kebunketereh.com/?p=2128)
v
Thomson, John Turnbull, “Glimpses
Into Malayan Lands”, Oxford University Press 1984 (first published by
Richardson and Company, 1864).
v
‘The Blockade of Kedah in 1838: A
Midshipman’s Exploits in Malayan Waters’ by Sherard Osborn (1857), reprinted by
Oxford University Press (1987)
No comments:
Post a Comment